Himpunan kisah separa panjang, pendek, puisi, telingkah pemikiran dan sebarang perkataan yang membentuk perenggan.
Syed Mukhriz masih cegat disitu. Biar udara petang hinggap dipipi. Sedikit udara dihirup dalam. Otaknya masih celaru, haru biru.
Perbualan dia dengan Taufik semalam masih terngiang dikepala.
“Kau kena bagitau Riz, kesian kat Yaya.” Ujar Taufik.
“Alaa, nanti la. Aku malas lagi nak fikir.” Cukup, biar henti disitu bentak hati Mukhriz. Perkara ni tak perlu besar, benda ni tak perlu riuh. Apa nak kecoh sangat? Semua ni cuma sisa masalah aku dan Yaya, bukan masalah orang lain.
….
Mukhriz masih lagi bungkam. Entah apa dia hendak buat. Yaya dah bersemangat hendak berkahwin. Dia pun sama. Gelora jiwa lelakinya ingin berkahwin. Ingin cepat-cepat tutup kisah asmara dosa. Dosa satu hal, tapi masalah ni satu hal. Mukhriz makin pening.
Sedang leka lamun dengan masalah, telefon bimbitnya berdering. Terpampang nama Yaya.
“Hi hensem. Kat mana tu?” Suara lunak Yaya bisa jentik nafsu lelaki Mukhriz. Kalau fikirkan betapa hampir lengkapnya Yaya, mahu dia berkahwin sekarang. Lupakan hakikat tradisi dan dunia. Lupakan semua.
“I ada dekat Villa ayah I. Ada apa?” Suara Mukhriz sedikit suram. Dia tahu, entah esok, atau lusa suara itu bukan lagi miliknya.
“I saja je call you. I dah ada idea sikit pasal wedding kita nanti. Tapi tunggu kita jumpalah..”
“Erm, about that….” Nafas Mukhriz terhenti.
“I’ve talked to my father, I rasa kita kena batalkan perkahwinan ni.” Sekarang masanya, fikir Mukhriz.
“What?! Why?”
“It’s nothing honey. I just think we didn’t fit each other..” Bagi Mukhriz kalau boleh biarlah benda lain yang dijadikan punca. Untuk disalahkan pada tradisi, adat dan ego sebenarnya kelakar.
“No Riz. Seriously tell me, why?” Yaya mendesak. Mukhriz tahu, dia boleh cuba tipu sedaya upaya, tapi Yaya bukan buta, Yaya bukan mudah untuk diperdaya.
“Ok, I know it’s hard. Tapi.. You know. It’s Syed-Syarifah thing. My dad suruh I cari Syarifah.”
Jantung Mukhriz berdegup kencang. Sekejap menyesal, sekejap gusar.
Selang ketika, Yaya tiada lagi di telefon.
Satu SMS sampai di telefon Mukhriz, daripada Yaya.
“bye SYED.”
END
Pak Yaakob ambil dua botol air mineral, dijinjit rapi. Sampai di pintu kereta, perlahan diletakkan air tadi. Hazrin terkebil-kebil di tempat duduk penumpang. Matanya galak memerhati di sekeliling taman.
Kosong. Hanya ada keluarga Cheng Siew sedang berehat di bawah pokok. Anaknya, Fak Choi leka membaca tanpa hirau sekeliling. Hazrin senyum sinis. Heh.
Selesai segala, Pak Yaakob melangkah masuk ke dalam kereta. Hanya mereka berdua. Bini Pak Yaakob, Habibah tak ikut sama. Biarlah, urusan lelaki katanya . Tak pula Pak Yaakob membantah.
Jam ditangan dikerling. .“Alah, lambat dah ni.” Kereta dihidupkan seraya dipandu melaju.
Selang 20 minit, mereka sampai di perkarangan rumah Bomoh Tamsi.
Bomoh Tamsi kelihatan sudah lama menunggu. Perlahan-lahan Pak Yaakob melangkah masuk ke dalam rumah. Suasana rumah gelap-gelap samar. Kesemua tingkap dibiarkan tertutup. Hanya sedikit cahaya menerobos dari dinding tingkap. Hazrin ternganga. Pertama kali jejak kaki rumah bomoh. Bukan calang-calang pengalaman baginya. Penuh alatan-alatan pelik. Puaka.
Pak Yaakob dan Hazrin dijemput bersila menghadap Bomoh Tamsi.
“Jadinya, macam aku cakap tadilah Tamsi. Si Hazrin ni..” Belum sempat dihabiskan coretan ayat, Bomoh Tamsi sudah pun mengangguk.
“Biasalah, budak-budak. Nak kena minum air jugak baru menjadi, iye dak?” Balas Bomoh Tamsi bersahaja.
Hazrin celaru. Entah sirius, entah jenaka. Riak muka Bomoh Tamsi yang bersahaja buat dia tidak dapat meneka. Molekkah andai dia cuba menguntum senyuman? Bimbang juga dituduh kurang sopan.Ah, lebih baik diam. Bungkam.
Bila tiada reaksi, Bomoh Tamsi berdehem. Tanpa buang masa, dia terus fokus kepada kerja.
“Bismillah..” Bomoh Tamsi mula baca mantera. Mulut terkumat kamit. Mata pejam rapat. Sesekali derum dengusan kuat membuatkan Hazrin terperanjat.
Selesai alunan mantera, Bomoh Tamsi hembus nafas beberapa kali pada Hazrin. Hazrin sekadar tahan. Biarlah apa harga pun, janji dia dapat yang terbaik.
“Balik nanti, minum dua kali sehari. Sebelum ambil ujian pun minum jugak. Jangan lupa selawat sebelum baca.” Bersungguh Bomoh Tamsi menerang. Hazrin dan Pak Yaakob mengangguk. Muka lega. Masa depan makin cerah.
OOOOOOOO
Hazrin reguk liur. Mukanya kerunyut. Guru kelas, Aspalela mula baca keputusan UPSR.
Beberapa kali Hazrin cuba sedapkan hati. Dia yakin, Bomoh Tamsi sudah menolongnya. Dia sudah banyak minum air, sudah banyak makan kismis, dia juga sudah banyak telan kurma. Pasti boleh, pasti.
“Muhammad Hazrin Yaakob, 1B 4C” Hazrin diam. Bungkam. Celaka, jiwanya makin meruntun. Hati makin tunggang tunggit. Sepotong ayat penyesalan mula berterabur dalam benaknya.
.
.
.
“Fak Choi, 4A 1B. Tahniah Fak Choi.”
Fak Choi pandang Hazrin. Pandangannya mula sinis. Heh!
Ashraf sandar diri pada kerusi. Meja didepannya dipenuhi dengan pinggan kosong, tadinya penuh dengan santapan berbuka puasa. Nafas dihela panjang. Perut sudah segar dari kekembungan.
Sekarang masa untuk kerja. Tanpa malas, kudrat dipulas untuk berdiri.
Riak wajah Ashraf terselit sinis tawa. Fikirannya separa menerawang galak ke alam fantasi. Tersengih memikirkan habuan menanti. Dia melangkah laju ke belakang bangunan, bilik janitor dituju.
Pintu dikuak, perlahan-lahan dia melangkah masuk. Bilik itu kosong, sekadar terisi beberapa alatan janitor. Berhabuk, sekian lama tidak terjamah. Di penjuru bilik, sekujur tubuh gadis terikat rapi pada kerusi. Rintihan perlahan sekadar tersekat pada kerongkong. Kaki terkinja-kinja pinta dilepas.
Ashraf menghampiri dengan sengih mengada. Tangannya membuka plaster di mulut gadis itu.
“Lepas…lepaskan aku..” Kedengaran suara serak-serak manja, letih tak bermaya. Sudah hampir 15 jam gadis itu tidak menjamah makanan. Kali terakhir, sahur pagi tadi.
“Sabar sayang. Nanti lepas kita mesra, abang lepas ya.” Baris jawapan Ashraf diserta dengan hila tawa. Bergema sorak suaranya.
Melihatkan rezeki sedia terhidang, Ashraf mula hela nafas kencang. Nafsu berkeroncong pinta dilempias. Sezarah dosa penyesalan sudah tidak dihirau. Padangannya jelas, tertacap pada liuk tubuh menggoda gadis itu. Dari benaknya, tubuh itu meruntum bersorak minta diperkosa.
Saat dia hampirkan bibirnya untuk cumbu manja, gadis itu bersuara.
“Kau..kau tak tahu hormat bulan puasa ke. Dasar jantan..” Tajam alunan ayat dalam nada yang lemah gemalai.
Ashraf henti. Tiba-tiba dia ketawa berdekah. Jiwanya meruntun ingin berbahas segala. Dia tahu, imannya memang sentiasa tunggang tunggit. Ramadan yang hadir kalau boleh ingin dia intim dengan ibadat. Tapi, tadi di pasar ramadan, tika sedang hangat dia bertelagah dengan nafsu makan, jiwanya secara tiba melaju.
“Kau pakai ketat-ketat, tonjol nikmat sedap waktu datang pasar ramadan. Sekarang kau tuduh aku tak tahu hormat bulan puasa?” Ashraf meninggi suara.
Bibir gadis itu tiba-tiba terkacip. Fikiran hingar, hati yang ingin pinta meraih simpati mula gundah gulana. Alahai hukuman tuhan.
Saya dah berkenalan dengan gadis gula sejak sekian lama. Wajahnya tidak pernah saya lupa. Lirik matanya boleh buat saya gugur, jatuh terjelopok ke dunia. Lebih-lebih lagi dunia khayalan. Lantaran itu, renungannya tidak pernah saya berani amati.
Dulu, lama dulu, ketika saya mula kenal gadis gula, saya tak pernah tegur gadis gula. Bila saya jumpa dia, saya senyum. Tapi dia tak nampak. Sebab saya senyum dalam hati. Dalam hati lebih ikhlas. Fikir saya.
Bilamana malam muncul, gadis gula akan wujud dalam dunia khayalan saya. Dalam dunia itu, hanya ada saya, gadis gula, dan bintang. Saya tak sertakan matahari. Sebab saya takut gadis gula panas terbakar. Kalau panas, muka gadis gula jadi merah. Saya tak suka. Saya tak sertakan bulan. Sebab saya tak nak gadis gula tidur tinggalkan saya. Saya sertakan star (bintang), sebab gadis gula suka makan honey star. Saya tahu dia suka.
Satu hari, saya tengok gadis gula jadi masam. Saya tertanya. Kalau gula dah jadi masam, apa rasanya nanti? mungkin kelat, mungkin pahit. Saya kurang pasti. Saya tanya pada gula, apa sebab dia masam. Dia cakap, sebab dia sedih. Ini buat saya jadi marah. Siapa berani buat gadis gula sedih? Bila saya marah, saya jadi tak tentu hala. Saya boleh bertukar jadi hulk, saya boleh bertukar jadi ultraman, mahupun superman. Bergantung kepada mood saya.
Tapi, saya bimbang gadis gula takut dengan semua itu. maka, saya jadi gentleman. Saya ramahkan diri dengan gadis gula. Saya cuba fahami dan selami kemanisan gadis gula. Sebagai balasan, gadis gula cerita belaka pada saya.
Lepas dengar, saya sedih. Tapi saya tak menangis.
Saya ambil hati saya, saya ukir tulisan. Saya bagi pada gadis gula, saya suruh dia simpan. Pada hati itu, saya ukir segala janji saya pada gadis gula. Saya janji tak akan buat dia masam, saya janji akan jadi hero, saya janji akan jadi superhero gadis gula.
Gadis gula malu. Dia bagi balik hati itu. Dia cakap, tunggu saat hatinya mekar berbunga, baru dia akan simpan hati itu. Saya tak tak tahu nak kata apa lagi..
Saya cuma harap, saya boleh buat hati gadis gula mekar berbunga. Lagi harum dari bunga sundal malam. Lagi comel dari bunya raya.
Dia, sukakan kucing comot. Berbulu lebat dan bermata bulat membiru sebiru awan nimbus sememangnya ciri-ciri pilihannya. Dia, dan kucing comot, ibarat gadis perempuan comel dan lolipop. Tak boleh dipisahkan.
Ketagihannya terhadap kucing, sudah mencapai tahap infiniti. Dia, bila terjumpa kucing, kadang-kadang boleh jatuh hati. Kucing, fikirnya, adalah peneman sehidup semati.
Sampailah bila dia berjumpa dengan L. L, seorang jejaka kacak. L, berambut lebat. L, bermata bulat. Dan mata L, biru, sebiru awan nimbus. Lalu, dia fikir, inilah kucing dalam jelmaan manusia. Lalu dia fikir, L lah, peneman sehidup semati.
Hendak dijadikan cerita, dia jatuh hati pada L. Dan, seperti dia, L juga jatuh hati padanya. Lalu, dia dan L, cuba untuk bercinta ke hujung dunia. Bila dia bersama L, dia rasa bahagia. L telah curi hampir lebih separuh dari hatinya. Tapi, secebis lagi hatinya, dia simpan buat kucing comot, fetish berahinya sejak sebelum dia mengenali L lagi.
Buat beberapa ketika, berbahagialah dia dan L. Ibarat cinta Beckham dan Posh, begitulah cinta L dan dia.
Namun, semuanya berubah bila dia mengetahui bahawa L, lelaki idamannya, merangkap kekasih hatinya, yang juga pemilik lebih separuh dari hatinya, rupanya elergik pada kucing. Saat itu, dia rasa, jiwanya bagai dimamah anjing-anjing bulldog yang liar. Dia, menangis. Air matanya yang jernih ibarat kristal menitis, tik, tik, tik jatuh ke bumi.
Tika itu, dia sedar. Dia perlu pilih, sama ada L atau kucing. Dia sayangkan L. Tapi, itu tak bermakna dia boleh melupakan kucing. Siapalah dia tanpa kucing dahulunya. Apalah erti kehidupannya tanpa si comot dahulunya. Dia mula terbayang mata biru kucing comot kesayangannya. Dia, mula rindukan gelagat-gelagat nakal si comot yang berbulu lebat.
Dalam penuh kecelaruan. Dia mendongak ke langit. Dengan jiwa yang penuh kekusutan, dia akhirnya memutuskan keputusan. Dia, nekad. Biarlah, fikirnya. Air matanya, terus berderai jatuh ibarat manik-manik putih yang tercerai daripada ikatan.
Dia keluarkan telefonnya, dan segera menghantar mesej kepada L.
**
” By, sorry. Baby tpksa pilih comot. By trllu baik utk baby. Hllkn mkn minum ya. Bye! “
Dia sarungkan baju sejuk, ambil kunci, sekotak rokok dan handphone, lalu terus keluar dari rumah. Angin sejuk malam mula memamah tulangnya. Ngilu. Ah. Lega dirasainya. Suasana inilah yang bisa tenangkan pemikirannya, dan membolehkan dia bermain-main dengan benaknya sendiri.
Dia berjalan seorang diri menyelusuri kawasan urban itu. Lagak manusia sekeliling dipandangnya tanpa hirau. Sinis pandangannya.
Bertemankan rokok, dia seolah berjalan dalam dunianya sendiri. Kepalanya ligat berfikir dan bermain-main dengan falsafahnya sendiri. Itu memang kebiasaannya. Bila dia rasa kosong, tiada idea, hilang punca, dia akan berasmara dalam kelompok malam. Lampu-lampu jalan bisa menghiburkannya. Angin sejuk malam boleh mendodoikan fikirannya. Kesunyian malam boleh menajamkan fokusnya.
Dia ibarat jiwa muda yang selalu bertelagah dengan arus semasa. Keadaan dunia yang bodoh dan kotor dipandangnya dengan penuh serius. Kadang-kadang pandangannya penuh dengan kejijikan. Tapi apakan daya, dia hanya seorang yang berjiwa muda. Tiada siapa mendengarnya. Tiada siapa menghiraukannya. Sebab itu dia suka suasana malam. Ada bulan, ada bintang, tapi tak banyak orang. Orang yang merosakkan kehidupan ini. Orang yang menghancurkan dunia ini.
Dia singgah di kedai 24jam untuk membeli setin minuman. Perlu ada kemanisan, bagi terus merancakkan pemikiran. Keluar dari kedai, dia cari satu sudut untuk berehat. Dia duduk di bus stop seketika. Gayanya seperti pengemis. Itu sudah kebiasaanya. Peduli kata orang. Kalau adapun orang saat itu, orang itu juga sama sepertinya. Dituduh kutu rayau. Dihina pengemis bangsa. Katalah dia anarkis sekalipun. Pedulikan. Itu manusia. Berasa betul, padahal salah. Berlagak alim, padahal hina.
Dia rakus menikmati sisa malam. Khayal sekali perasaanya. Penuh perasaan. Lepas puas bersendirian, dia berjalan pulang.
Sampai di rumah.
Tanpa bicara panjang dia tidur. Lepaskan segala kerisauan, pasrah pada malam, bergantung pada mimpi untuk membawanya pulang ke dunianya yang sebenar.
—
Dalam renyai kehujanan itu, dia terus melangkah gagah tanpa menghiraukan pakaiannya yang kian kuyup. Dengan gitar yang disandang dibelakangnya, langkahannya sedikit perlahan. Nyata, dia mula keletihan. Nafsunya letih, fizikalnya longlai, jiwanya, parah.
Dia cuba melarikan diri dari dunia seketika. Dari cengkaman nafsu malam yang menghiburkan sekalian penduduk urban. Dari kemabukan asmara yang manusia lain tercari-cari. Dia. Ingin. Lari.
Dia duduk di atas bangku, di sebuah taman. Suasana yang gelap dan kesejukan akibat titisan hujan segera mencengkam seluruh pelusuk tubuhnya. Tapi, dia selesa. Seolah-olah satu penyeksaan yang indah.
Ceritanya, pagi tadi dia bergaduh dengan Y. Y, gadis yang dia perjuangkan sekian lama. Y, gadis yang dia berusaha untuk cinta sampai kehujung dunia, sampai dia, tak mampu lagi untuk bernyawa. Itu, objektif hidupnya buat beberapa ketika.
Tapi, apakan daya. Dia, muak dengan karenah wanita. Wanita, kini hidupan liar yang bahaya baginya. Bila dia melihat wanita, ibarat dia sedang melihat harimau yang sedang melihat mangsa dengan penuh rakus. Bersedia untuk membaham mangsa.
Dia keluarkan gitar. Mencari lagu-lagu yang sesuai, untuk dia masuk melayang ke dunia penghinaan, dunia kekecewaan. Kemurungan kembali melanda dirinya. Dulu, sejak Y datang, kemurungan sudah hilang. Hilang dari sebahagian dirinya. Tapi tadi, kemurungan datang lagi.
Kini, dia sepi. Bertemankan sebuah gitar, sebuah melodi, dan serangkap lirik, dia cuba untuk berdiri.
Harap. Esok. Ada lagi.
Dia diam. Aku pun diam. Dan bila kami berdua diam, suasana jadi sunyi. Sunyi sekali tanpa bunyi. Seperti dunia tak lagi berbunyi. Itu buat aku jadi janggal sekali. Lalu aku cuba hasilkan bunyi.
Serungkap bibir aku ungkapkan, pandangannya terus tajam. Aku tahu, dia marah. Dia marah sebab dia tahu aku lelaki jahanam. Aku, tak punyai apa untuk pertahan diri. Aku silap. Ya, aku, lelaki yang jahanam. Dan seperti mana pasangan yang lain, aku perlu dia faham. Yang lelakinya adalah lelaki jahanam.
Tapi aku tak jahanam seorang diri. Aku bawa dia jahanam sama. Sebab itu dia marah. Tapi, dia marah pada aku atau diri sendiri? Itu kena tanya hati dia sendiri.
Jadi, dipendekkan cerita, kami berdua jahanam. Jahanam sebab aku yang secara asalnya telah lama jahanam seorang diri telah pengaruh dia untuk jahanam sekali. Alangkah terjahanamnya manusia sekarang ini.
NIGHTNIGHT by DEDDY